Putera-putera PAI2 IPG Darulaman

Sedia memimpin dan mendidik

Puteri-puteri PAI2 IPG Darulaman

Kamilah Guru Harapan Negara Malaysia

Mewujudkan perkongsian ilmu

Ilmu perlu dicari dan dikongsi. Semakin mempelajarinya semakin bodoh kita.

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru diibaratkan seperti sebatang lilin yang sanggup berkorban apa sahaja.

Siswa Pendidik Pencetus Transformasi Pendidikan

Siswa Pendidik adalah catalyst dalam perubahan anjakan PPPM 2014-2025

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Guru inovatif dalam dunia teknologi serba canggih.

Selasa, 29 Oktober 2013

Tutorial Blog 11: Collect Forms In Blogspot



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin menunjukkan tutorial untuk memasukkan Contact Form ke bahagian sidebar blog... Apa itu Contact Form? Contact Form ialah salah satu laman yang dicipta supaya pembaca blog boleh menghubungi admin blog atau orang yang mengendalikan blog tersebut.. 

Jom kita mula, jangan dok malaih sangat baca... hehe


1- Perkara pertama sekali yang perlu dibuat sudah tentulah anda perlu "sign in" blog anda terlebih dahulu.. Isi alamat e-mail dan password anda, klik perkataan 'Sign in' di bahagian bawah... 




2) Selepas anda sign in, akan terpapar dashboard blog anda. Klik button icon 'More options ', akan terpapar senarai-senarai berikut seperti gambar di bawah. Klik pula pada icon 'Layout'... 



3) Kemudian, klik pada icon 'Add a gadget'



4) Senarai-senarai gadget pun akan terpapar, klik pula pada icon 'More gadgets' seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.



5) Seterusnya, klik pada gadget yang diberi nama "Contact Form"




6) Isikan tajuk kesukaan anda pada ruangan 'Title', anda boleh letakkan apa-apa nama bagi "Contact Form" anda. Tak kisahlah apa pun namanya, asalkan orang faham sudah... Kemudian, klik pada icon 'Save'




7) Gadget "Contact Form" kini telah tersenarai bersama-sama gadget-gadget anda yang lain.. Anda boleh reorder atau susun kedudukan gadget "Contact Form" anda mengikut kesukaan anda... Selepas siap, tekan "Save arrangement" di bahagian atas...




8) Klik pada ikon 'View blog' untuk melihat hasilnya seperti gambar di bawah... ^_^




9) Tadaaa..!!!... Inilah hasilnya..!...Contact Form anda sudah berada di bahagian side bar blog anda.. Sekarang, sesiapa pun yang membaca blog anda boleh menghubungi anda melalui e-mail anda.. So, kena rajinkanlah diri anda untuk sentiasa menyemak notification email anda. Macam mana, senang kan nak buat? 

Selamat mencuba...




Hasil nukilan : Muhamad Hafifi Bin Muhamed Yusof, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

Isnin, 28 Oktober 2013

Tutorial Blog 15: Tutorial Disable Right Click



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
kali ni kita nak belajar cara-cara untuk 'disable right click' kat blog... pernah tak anda buka mana-mana blog lain yang bila kita right click dia akan naik mesej mcm ni...



selalunya orang buat disable right click ni sebab tak nak orang lain yang masuk blog kita copy bulat2 apa yang kita tulis tu.. kiranya macam hakcipta terpelihara lah kan..

so, kat sini ada cara mudah untuk kita aktifkan function ni..

1. copy code di bawah ini :
<script language=JavaScript>
<!--
var message="Right Clicking Disabled!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;}}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;}}}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>


2. Kemudian, paste code tersebut pada HTML/javascript pada blog anda. (layout > add  a gadget > html/javascript)




3. Last step ialah SAVE dan anda boleh tengok hasilnya..




Dengan hanya 3 langkah mudah ini sahaja anda sudah boleh disable right click pada blog anda. Selamat mencuba!



Hasil nukilan : Nur Hidayah binti Haron, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

Tutorial Blog 14: Cara-cara meletakkan video dalam blog


1) Login masuk ke blog anda, kemudian klik pada new post
2) Cari ikon seperti gambar di bawah ni dan klik padanya




3) klik "Choose a video to upload" untuk pilih video yang nak anda masukkan/upload. Kemudian tekan upload





4) Jangka masa untuk upload video adalah bergantung kepada saiz video korang tu. kena sabor banyak2..... Bila dah siap korang boleh tengok preview dan publish



5) Anda juga boleh terus share dari YouTube dengan memilih salah satu ikon seperti dibawah 



6) Anda juga boleh memainkan video yang dikongsi secara 'autoplay' dengan meletakkan kod ;&autoplay=1 selepas URL video dalam kod yang diberikan.



Sekiranya tidak menjadi, anda perlu klik pada ikon 'Use old embed code' kemudian masukkan kod ;&autoplay=1 selepas kod version=3




Jom try cuba buat... hehehe :P


Hasil nukilan : Mohammad Qairul Naim Bin Mohammad Isa, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

Tutorial Blog 6: Laman-Laman Sesawang Template Blogger


Banyak template blogger boleh anda dapat dari laman-laman sesawang seperti disenaraikan di bawah. Anda boleh cuba tengok, mana le tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati...


1. AL-ISLAMIC THEME
2. ALL BLOG TOOLS
3. ALL FREE DOWNLOAD.COM
4. BALANCE RESPONSIVE THEME
5. BASNETG.COM
6. BEST THEME
7. BLOG CROWDS
8. BLOGGER BLOG TEMPLATES
9. BLOGGER CANDY
10. BLOGGER ITEMS
11. BLOGGER TEMPLATES BY CAZ
12. BLOGGER TEMPLATES DIRECTORY
13. BLOGGER THEMES
14. BLOGGER-TEMPLATES
15. BLOGSKINS.COM
16. BLOGSPOT BLOGGER TEMPLATES 
17. BLOGSPOT TEMPLATES
18. BTEMPLATE3S
19. BTEMPLATES.COM
20. COOLBTHEMES
21. DAILY BLOGGER TEMPLATES
22. DELUXE TEMPLATES
23. DESIGN RAZZI
24. DESIGNER BLOGS
25. DESIGNER LEDGER
26. DESIGNOLYMP.COM
27. DOKUWIKI
28. DREAM LIKE MAGIC
29. DREAM TEMPLATE
30. DRIVE GOOGLE
31. DYNAMIC BLOGGER TEMPLATES
32. ETSY.COM
33. FAVORITE TEMPLATES
34. FREE BLOGSPOT BLOG TEMPLATES
35. FREE TEMPLATES
36. GAVICK.COM
37. GISELE JAQUENOD.COM
38. HONGKIAT.COM
39. INSTANT SHIFT
40. JELLY PAGES
41. JOOMLA TEMPLATES
42. JUMP 2 TOP
43. LEELOU-BLOGS
44. LOVELY TEMPLATES
45. MASHABLE.COM
46. MY BLOGGER THEMES

47. NEW BLOGGER TEMPLATES
48. ORGANIC THEMES
49. OUR BLOG TEMPLATES
50. PINTEREST.COM
51. PREMADE BLOGGER TEMPLATES
52. PREMIUM BLOG TEMPLATES
53. PRODUCTS SECURE SERVER
54. PYZAM.COM
55. RESPONSIVE BLOGGER TEMPLATES
56. SCRAPP IN BLOGS
57. SORA TEMPLATES
58. TEMPLATE BLOGSPOT
59. TEMPLATE IFY
60. TEMPLATE PIN BOARD
61. TEMPLATE MONSTER
62. TEMPLATERC
63. TEMPLATES BLOGGER
64. TEMPLATES ENTHEOS WEB
65. TEMPLENDO
66. THE BLOG TEMPLATES
67. THE CUTEST BLOG ON THE BLOCK
68. THE SIMPLEX DESIGN
69. THEME FOREST
70. TWELVESKIP.COM
71. WAY 2 BLOGGING
72. ZOOM TEMPLATE



Hasil nukilan : Azzini Nudra Afifi Bt Husin, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

Ahad, 27 Oktober 2013

Tutorial Blog 7: Cara Menggunakan Blog Template Designer


Assalamualaikum... Apa khabar semua, sihat? 
Hari ini kita akan mempelajari template designer 

Bagi yang masih baru dalam dunia blog ini, anda mesti masih tidak tahu apa itu template designer. Baiklah, template designer ini sebenarnya adalah tetapan untuk menghias blog anda seperti yang anda inginkan contohnya seperti mengubah latar belakang, membesarkan saiz blog, menukar font dan sebagainya. Jom bersama saya, mempelajari cara-cara menggunakan template designer :

1) Mestilah kena login dulu ye ...


2) Di dashboard, lihat ikon di sebelah kiri. Klik icon 'Template'


3) Kemudian, klik pada butang 'Customize' untuk mengedit blog anda. Sekiranya anda mahir dalam penggunaan HTML, anda juga boleh mengubah blog anda dengan menggunakan kod-kod tertentu di ikon 'Edit HTML'. 


4) Klik pada icon 'templates' untuk mengubah latar belakang blog anda mengikut kesukaan anda.



5) Anda juga boleh mengubah gambar latar belakang anda samaada diambil daripada files dalam computer anda sendiri ataupun yang telah tersedia.




6) Anda juga boleh mengubah saiz blog anda dengan menekan icon 'Adjusts Widths'. 




7) Jika anda menekan icon 'Layout', ia boleh mengubah kedudukan gadgets anda mengikut cita rasa anda.




8) Manakala untuk menukar jenis font, warna dan saiz font anda boleh menekan icon 'Advanced'




9) Selesai anda mengedit dan mengemaskan blog anda, anda perlu klik pada butang oren 'Apply to Blog' diatas sebelas kanan untuk memastikan semua tetapan yang diubah diaplikasikan dalam blog anda.




10) Untuk melihat hasilnya, anda perlu klik pada icon 'View Blog'




 Hasil nukilan : Afifah Bt Ramli, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman