Isnin, 8 April 2013

Sahabat kurniaan Allah, hargainya selagi dia ada



Manusia juga sering mencari nahas semasa sahabat dengan membuat perbandingan:

1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'

2. mengungkit perkara yang lepas-lepas kerana marah, tersinggung perkara masa ini...

3. menuduh membuat komen kerana mainan minda dan sangka buruk diri sendiri tanpa usul periksa

4. lupa pada waktu gembira bersama bila berdepan dgn perbezaan pendapat... 

5. memperbesarkan kesilapan sahabat

6. memperkecilkan usaha sahabat

7. ego merasakan diri betul dan kawan sentiasa silap

8. terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat

9. jika ada perbedaan umur, yang tua selalu merasakan dirinya lebih besar daripada yang muda

10. cara bercakap, menaip kata-kata di alam maya yang dibaca dengan emosi berlainan...

Bukan mudah untuk dielakkan, tapi petuanya mudah 

" Sahabat adalah kurniaan Allah, hargainya selagi dia ada... " 

Bila berasa marah, bayangkan besok hari terakhir, dan tanya diri adakah berbaloi perkara yang kita marahkan pada dia yang bergelar sahabat?

via: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

0 ulasan:

Catat Ulasan