Putera-putera PAI2 IPG Darulaman

Sedia memimpin dan mendidik

Puteri-puteri PAI2 IPG Darulaman

Kamilah Guru Harapan Negara Malaysia

Mewujudkan perkongsian ilmu

Ilmu perlu dicari dan dikongsi. Semakin mempelajarinya semakin bodoh kita.

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru diibaratkan seperti sebatang lilin yang sanggup berkorban apa sahaja.

Siswa Pendidik Pencetus Transformasi Pendidikan

Siswa Pendidik adalah catalyst dalam perubahan anjakan PPPM 2014-2025

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Guru inovatif dalam dunia teknologi serba canggih.

Sabtu, 20 Oktober 2012

PAMERAN LITERASI BAHASA 2012





















































































Ahad, 12 Ogos 2012

Peperangan Ain Jalut

Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarahgenerasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang ingin kami kongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.

Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan

Empayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.

Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.

Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu Khan

Kejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah, tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman akibat banyaknya kitab- kitab tersebut.

Hulagu Khan tidak berhenti di sini sahaja. Setelah berjaya menakluki Baghdad, dia mengutuskan deligasi Mongol ke Mamluk Mesir, iaitu Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz. Deligasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan. Surat Hulagu Khan ini berbunyi :

Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!

Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telahpun mendapat khabar berita bagaimana kami telah menawan empayar yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentera kami!

Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung ganang, askar-askar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengertian ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.

Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.

Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.

Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menempelak deligasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir. (Nota : Islam tidak membenarkan membunuh deligasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan kedatangan deligasi tersebut bukanlah sekadar menghantar surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).

Maranya Tentera- Tentera Allah

Saifuddin Qutuz mula mengumpulkan tenteranya dan akhirnya tenteranya mencecah seramai 20 000 orang tentera. Mereka telah bermesyuarat dan akhirnya mereka memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir iaitu melakukan tindakan offensif terhadap tentera Mongol. Tentera- tentera Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertembung dengan tentera Tartar yang diketuai komandernya, Kitbuqa di Ain Jalut. Maka berlakulah peperangan yang amat dahsyat antara kedua- dua belah pihak. Semasa peperangan sedang sengit berlaku, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tenteranya agar berjuang habis- habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus meluru ketengah- tengah musuh.

Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata : ”Wahai Kekasihku”. Jullanar membalas dengan berkata : ”Wahai Saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap Islam”. Setelah itu, Saifuddin Qutuz terus mara ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H, bersamaan dengan 3 September 1260M tentera- tentera Allah ini telah memperoleh kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentera Tartar yang tidak pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan mampu menebus balik kekalahan mereka), akhirnya tersungkur dihadapan mata pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain Jalut.

Khatimah

Apa yang ingin kami bingkiskan disini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata- mata. Tetapi yang lebih utama ialah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa yang berlaku. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama- sama dengan tenteranya sejumlah 20 000 orang mara kehadapan menentang satu ketumbukan tentera yang tak pernah kalah di bulan Ramadhan, sepatutnya ia sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata- mata bulan ruhiyyah semata- mata, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.

Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan satu kekuatan yang amat padu dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat utuh yang lahir dari aqidah yang satu iaitu Islam. Umat Islam yang kira- kira seramai 1.6 billion merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya sumber- sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah, pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan peradaban Islam yang sangat agung. Ini bukanlah satu dongengan dan omong- omong kosong semata- mata, tetapi sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu memakmurkan muka bumi ini sekiranya Islam diterapkan ditengah- tengah kehidupan mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya.

Ain Jalut: Pelajaran Umat Islam Kini


Ahad, 29 Julai 2012

Ibrah Dari Peristiwa Peperangan Badar


Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. (Wikipedia)
01.Ingatlah sahabat-sahabat sekalian bahawasanya kita perlu bersyukur dengan nikmat iman dan Islam. Hal ini kerana salah satu asbab Islam sampai kepada kita adalah kerana Perang Badar.
Sebelum peperangan itu bermula, Rasulullah berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jika Kau jadikan pihak Islam kalah pada peperangan ini, maka Kau tidak akan disembah selamanya." Kita perlu bersyukur kerana atas asbab kemenangan Perang Badar yang dibantu oleh Allah, sesungguhnya Islam dapat sampai kepada kita. Hargailah ia.
02.Apabila selesai berperang, Rasulullah sangat bersyukur atas kemenangan pihak Islam. Lalu terdapat tebusan-tebusan yang ditawan. lalu Rasulullah telah bermusyawarah dengan para sahabat untuk mengambil keputusan apakah yang harus dilakukan kepada semua tebusan ini. Rasulullah telah meminta pendapat para sahabat.
Abu Bakar telah mencadangkan bahawa kita perlu untuk melepaskan tebusan itu.
Tidak hairanlah pendapat Abu Bakar begitu kerana sepertimana yang semua sedia maklum, Abu Bakar mempunyai satu naluri kasih sayang yang amat kuat.
Umar pula memberikan pendapat bahawa kita perlu membunuh semua tebusan tersebut.
Jika berfikir secara logik, pendapat Umar juga betul kerana jika dilepaskan pun semua tebusan itu, sudah tentu mereka akan melawan Islam semula jika ada kesempatan.
Pada waktu itu, Rasulullah telah membuat keputusan dengan memilih cadangan Abu Bakar.
Ada segelintir Ulama berpendapat bahawa sebenarnya Allah lebih memilih pendapat Umar pada waktu itu dan ada juga segelintir pendapat mengatakan bahawa bala dari Allah sudah hampir ke paras bumi.
Namun oleh kerana berkatnya musyawarah yang diadakan oleh Rasulullah ketika itu menyebabkan bala itu tidak ditimpakan. Hal ini menunjukkan bahawa untuk membuat sesuatu keputusan musyawarah amat penting untuk diadakan.
03.Semasa Rasulullah merancang strategi peperangan, Rasulullah telah memberitahu kepada para sahabat tentang strateginya yang membolehkan umat Islam menang.
Namun seorang sahabat telah membantah cadangan itu dengan cara yang baik. Sahabat tersebut berkata dengan kata-kata yang cukup berhikmah, "Wahai Rasulullah, adakah ini wahyu atau perancangan darimu?
Jika ini wahyu, maka aku bersetuju, tetapi jika ini perancanganmu, maka aku tidak bersetuju", sambil dia mencadangkan cadangannya.
Hal ini menunjukkan bahwa untuk mencapai sesuatu keputusan, kita perlu mendengar pendapat ramai orang.
Seterusnya, seorang pemimpin juga perlu mendengar pendapat orang bawahannya agar strategi peperangan itu dapat berjalan dengan baik.
04.Sebelum peperangan berlangsung, terdapat sedikit masalah berlaku kepada kaum Muslimin yang akan berperang apabila mereka dapat mengetahui bahawa bilangan pihak lawan melebihi mereka. Rasulullah telah mengadakan musyawarah bersama para sahabat.
Lalu dengan nada yang bersemangat, kesemua para sahabat menyatakan persetujuan untuk meneruskan peperangan ini.
Hal ini menunjukkan bahawa jika seseorang itu telah mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah, maka tidak ada apa yang dapat menghalangnya dari melakukan sesuatu yang dapat membawanya ke Syurga Allah dan mendapat ganjaran Allah.
05.Jika berfikir secara logik, jumlah seramai 313 (atau pada pendapat lain, jumlahnya lebih) orang itu tidak mampu melawan tentera kafir yang berjumlah lebih seribu orang, tetapi oleh kerana bantuan Allah, maka peperangan itu dimenangi oleh umat Islam.
Hal ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa disamping keikhlasan berjuang keranaNya.
Jika pada tulisan ini terdapat kesalahan, maka jutaan keampunan dipohon kerana niat penulis adalah untuk menyampaikan iktibar dan ibrah disebalik peristiwa-peristiwa pada peperangan Badar.
Semoga mampu untuk dimanfaatkan

Artikel Oleh: Iluvislam

Ahad, 22 Julai 2012

12 Wajah di Padang Mahsyar


Pada Hari Kiamat, umat Islam dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 
barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.. Maka telah dinyatakan oleh
Rasulullah saw keadaan di Padang Mahsyar nanti, lalu digambarkan 12 barisan 
berkenaan iaitu :-


1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki.

Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT : " Mereka 

itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini 
balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan.

Datanglah suara dari sisi Allah yang berfirman : " Mereka itu adalah orang 

yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, 
dan tempat kembalinya adalah neraka.."

3. Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh 

dengan ular dan kala jengking.

Allah swt menjelaskan : " Mereka ini adalah orang yang enggan membayar 

zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

4. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti pancutan, keluar 

daripada mulut mereka.

Allah swt menegaskan : " Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual 

beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka.."

5. Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bau bangkai. Ketika itu

Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu 
ketenteraman di Padang Mahsyar.

Allah swt menegaskan. " Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan

perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut 
kepada Allah swt, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."

6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus daripada badan.

Allah swt berfirman: " Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, 

maka inilah balasannya, dan tempat kembal mereka adalah neraka.."

7. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka 

mengalir keluar nanah dan darah.

Allah menegaskan : " Mereka itu adalah orang yang enggan memeberi 

kesaksian dia atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat 
kembali mereka adalah neraka."

8. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki

ke atas.

Allah swt berfirman : " Mereka adalah orang yang berzina, maka inilah 

balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

9. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, 

sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala.

Allah swt menyatakan : "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak 

yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali 
mereka adalah neraka.."

10. Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan

kusta.

Allah swt berfirman : " Mereka adalah orang yang derhaka kepada 

kedua-ibubapanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka
adalah neraka.."

11. Diiringi dari kubur dengan berkeadaan buta, gigi memanjang sepeti 

tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur 
memanjang sampai ke perut dan keluar berbagai-bagai kotoran.

Allah swt menegaskan : " Mereka adalah orang yang minum arak, 

maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

12. Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan 

purnama. Mereka melalui titian sirat sperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan : 

" Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan 
kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat 
lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah 
balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat 
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih dan 
Penyayang.."


Rujukan : Majalah ANIS (Februari 2011)

Jumaat, 20 Julai 2012

Panduan Solat Terawih (JAKIM)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)


Di sini merupakan sedikit perkongsian asas mengenai solat tarawih dari segi latar belakang dan panduan cara-cara menunaikan solat sunat tarawih. 

Harap dapat memberi manfaat kepada semua.

Sila ke link:   http://fkee.ump.edu.my/files/Panduan%20Solat%20Sunat%20Tarawih.pdf