Rabu, 23 Oktober 2013

Tutorial Blog 17: Cara memasukkan lagu dalam blog


Muzik dan lagu merupakan kegemaran kebanyakan orang. Dengan adanya lagu juga, ia dapat menghilangkan rasa stress, kemurungan dan kebosanan. Bayangkan jika tiada sebarang muzik dan lagu di dunia ini, pasti hidup kita akan begitu sunyi.


Untuk menjadikan blog anda lebih menarik dan tidak bosan, anda boleh memasukkan lagu kesukaan anda. Meletakkan lagu dalam blog boleh membuat pelawat blog korang terhibur. Mari kita ikuti cara-cara untuk memasukkan lagu ke dalam blog.


Langkah 1 : 
Pilih lagu kesukaan anda di 
1. FREE MUSIC CODE 
2. SII Muzik
3. Wikplayer
4. Divine Music
atau dari mana-mana web yang anda suka. Copy code seperti berikut seperti yang terdapat dari web-web tersebut....


Langkah 2 :
Pergi ke Blogger Dashboard > Layout > Add A Gadget > Html/JavaScript. 





Kemudian paste code yang anda copy tadi di dalam ruangan HTML/JavaScript. Anda juga boleh menamakan code tadi pada icon 'Title'.


Jangan lupa save ye. Cuba preview blog anda dan dengarkan lagu kesukaan anda di blog.... ^_^


Hasil nukilan : Noorhidayu binti Shoib, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

6 ulasan:

  1. Thnkz for helping :)

    #IslamicBoyz

    BalasPadam
  2. assalamualaikum , terima kasih banyak2 :) senang faham. semoga Allah memudahkan kehidupan kamu dalam membantu memudahkan kerja orang lain. amin :)

    BalasPadam
  3. Thanks akhirnye bru blh buat ^_^

    BalasPadam