Selasa, 6 Mei 2014

PROGRAM TARANNUM TOUR 2014


Program tarannum tour ini dirangka khas untuk menarik minat dan mendalami ilmu-ilmu tarannum dari qari-qari terkenal di tanah air ini. Program tarannum tour ini telah berlangsung pada 20 februari sehingga 22 februari 2014. Program ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. 

Seramai 40 orang peserta dari 2 kumpulan kuliah terlibat sepanjang program ini. Sebelum berlangsungnya program ini, beberapa ahli jawatankuasa telah dilantik dan diberi bidang tugas masing-masing. Organisasi jawatankuasa ini memainkan peranan yang tersendiri bermula sejak dari awal penyusulan program sehingga berakhirnya program tersebut.

Kami bertolak menuju ke destinasi penginapan, Institut Pendidikan Guru Kampus Antarabangsa pada hari khamis, 20 Februari 2014 pada jam 11.30 pagi. Kami tiba di destinasi pada jam 6.00 petang.

Pada hari jumaat, 21 februari 2014 bermulalah slot pengisian tentang taranum di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Kami bertolak menuju ke sana seawal pagi hening. Program taranum tour ini dimulai tepat jam 11.00 pagi dengan slot seminar bersama Ustaz Hashim bin Harun, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Seminar ini mengenai tarannum bayati dan juga tarannum sikah.

Kemudian, kami menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat jumaat. Seusai solat jumaat, kami meneruskan lagi dengan sesi seminar tarannum sesi 2 iaitu sesi Taranum Nahwand oleh Ustaz Amirahman bin Abbas. Kemudian diteruskan dengan seminar taranum hijaz oleh Ustaz Anuar bin Hasin. Kedua-dua mereka merupakan johan tilawah al-quran peringkat kebangsaaan.

Seminar ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pada malamnya, kami mengambil kesempatan melawat putrajaya dan menunaikan solat maghrib dan isya di Masjid Tunku Mizan, Kuala Lumpur.


Keesokkan harinya, sebelum pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, kami mengadakan lawatan ilmiah di Yayasan Restu. Di sini kami dapat melihat keagungan seni tulisan islam. 

Kami juga sempat menunaikan solat zohor di Masjid Shah Alam. Kami bertolak pulang pada jam 4.00 petang dan sampai di bumi kedah pada jam 11.00 malam.


 
 






0 ulasan:

Catat Ulasan