Khamis, 20 November 2014
Selasa, 21 Oktober 2014
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3
2:00 PG
No comments
Hari Ketiga (16 Ogos 2014)
Kami bangun seawal jam 5.00 pagi. Seperti hari-hari biasa, kami akan bersiap untuk solat Subuh dan tazkirah. Program diteruskan dengan aktiviti menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah pada jam 7.30 pagi. Selesai sahaja nyanyian, kami melakukan senaman pagi dan berjogging di sekitar IPDA. Seterusnya, para peserta diberikan ruang masa untuk mengemas barang-barang peribadi di khemah sebelum bertolak pulang.
Akhir sekali, tibalah acara kemuncak iaitu Majlis Penutupan Program Kem Bina Sahsiah anjuran Persatuan Future Ummah yang mana acara perasmian penutupnya disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Turut hadir bersama Ketua Penyelaras Persatuan dan Pensyarah Penasihat Persatuan Future Ummah.
Dalam majlis penutup ini turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Selesai majlis penutup, diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar bersama-sama.
Para peserta pulang ke sekolah pada jam 4.00 petang dengan perasaan sedih dan duka untuk meninggalkan kami. Mereka begitu gembira sepanjang menjalani Kem Bina Sahsiah yang telah dianjurkan ini. Program berakhir lebih kurang jam 5 petang setelah semua urusan kemas mengemas tapak perkhemahan selesai dengan jayanya. Maka, tamatlah program Kem Bina Sahsiah yang telah kami lalui selama tiga hari dua malam ini di Kem Seri Banai, IPG Kampus Darulaman. Kem Bina Sahsiah ini memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya aplikasikan dan saya gunakan kelak ketika menjalankan program-program persatuan di sekolah kelak.
Dalam majlis penutup ini turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Selesai majlis penutup, diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar bersama-sama.
Para peserta pulang ke sekolah pada jam 4.00 petang dengan perasaan sedih dan duka untuk meninggalkan kami. Mereka begitu gembira sepanjang menjalani Kem Bina Sahsiah yang telah dianjurkan ini. Program berakhir lebih kurang jam 5 petang setelah semua urusan kemas mengemas tapak perkhemahan selesai dengan jayanya. Maka, tamatlah program Kem Bina Sahsiah yang telah kami lalui selama tiga hari dua malam ini di Kem Seri Banai, IPG Kampus Darulaman. Kem Bina Sahsiah ini memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya aplikasikan dan saya gunakan kelak ketika menjalankan program-program persatuan di sekolah kelak.
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2
1:44 PG
No comments
Hari Kedua (15 Ogos 2014)
Keesokan harinya, bermulalah perjalanan kami menuju ke Gua Kerbau di Kodiang, Kedah. Setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah, kami dihidangkan sarapan rohani pagi oleh saudara Hilmi. Sebelum kami bertolak, kami berkumpul untuk slot menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah. Bagi menghilangkan rasa mengantuk di awal pagi, kami membuat regangan badan dan senaman.
Bas bergerak pada jam 8.00 pagi dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sebaik sahaja tiba di Gua Kerbau, saya berasa terpegun dan kagum dengan keindahan alam sekitar di sana dengan pohon-pohon hijau yang rendang serta pelbagai spesis flora dan fauna dapat dilihat.
Para peserta diminta berkumpul mengikut kumpulan sebelum memulakan aktiviti jungle trekking. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa alatan memasak untuk digunakannya semasa di dalam hutan nanti. Untuk kegunaan memasak apabila tiba di kaki bukit, setiap kumpulan dibekalkan barang peralatan memasak seperti dapur gas mudah bawa, pisau, kuali, periuk dan bekalan makanan.
Pada jam 10.00 pagi, bermulalah perjalanan kami mengharungi hutan belantara Gua Kerbau. Boleh saya simpulkan bahawa trek yang kami lalui ini sebagai trek yang agak mencabar. Kekuatan kaki dan tangan amat diperlukan semasa aktiviti trekking ini kerana treknya yang agar tinggi dan curam untuk kami daki dan kami turuni. Tunggul-tunggul tajam dan pokok-pokok berduri silih berganti dalam perjalanan ini.
Tibanya kami di puncak bukit, semua kumpulan dikehendaki memasak, akhirnya santapan juadah untuk mengisi kelaparan perut dapat disediakan dengan jayanya dan para peserta menjamu selera masakan yang dimasak. Selesai sahaja makan, kami diarahkan untuk berkemas. Tepat pukul 12.30 tengah hari, kami selamat menuruni bukit. Kemudian kami menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.
Bas tiba pada jam 2.30 petang dan para peserta dibawa terus ke Hotel Darulaman Suite untuk lelaki dan Tasik Darulaman bagi peserta perempuan. Setelah sampai, semua diberi makan tengah hari terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti air iaitu renang. Ini adalah bertepatan dengan anjuran dan sunnah Nabi Muhammad kepada ummatnya untuk berenang. “Ajarkanlah anakmu berenang, berkuda dan memanah”. Para peserta diberi tunjuk ajar oleh jurulatih cara-cara berenang dengan betul.
Kami bergerak pulang ke IPG pada jam 6.30 petang. Para peserta dikehendaki mengemas diri dengan mandi terlebih dahulu untuk aktiviti pada mala mini. Seterusnya, kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diisi dengan pengisian slot tazkirah akhlak terhadap ibu bapa dan rakan oleh saudara Azhar.
Kemudian diteruskan dengan aktiviti LDK kedua. Para peserta diberikan sehelai kertas mahjung dan perlu merancang untuk membahagikan duit yang diberi untuk aktiviti keagamaan di sekolah. Melalui aktiviti ini, kami dapat melihat sejauh mana daya pemikiran para peserta dalam mengagihkan peruntukan kewangan yang diberi. Selain itu, memberi keyakinan kepada para peserta untuk bercakap di khalayak ramai.
Aktiviti diteruskan lagi dengan slot kembara malam. Para peserta diikat matanya dengan sehelai kain.
Para peserta diletakkan secara berjauhan antara satu dengan yang lain untuk menguji tahap keberanian mereka. Objektif slot ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para peserta. Tepat jam 12.00 malam, murid dibenarkan untuk tidur dan berehat.
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 1
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 1
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3
Disediakan oleh : Muhamad Amirul Syafiq bin Md Yusuf
Langgan:
Catatan (Atom)
















