Selasa, 21 Oktober 2014

Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 1


Hari Pertama (14 Ogos 2014)

  Tanggal 14 Ogos 2014 bersamaan dengan hari Khamis, bermulalah Program Kem Bina Sahsiah yang telah dirancang oleh persatuan Future Ummah. Kesemua ahli persatuan berkumpul di Kem Seri Banai sewal jam 2.00 petang untuk urusan pendaftaran para peserta. Seramai 4 orang ahli persatuan yang lain mengambil para peserta iaitu pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad di sekolah. Para peserta tiba di IPG Kampus Darulaman pada jam 3.00 petang dengan menaiki bas IPG dan bas sewa khas sekolah. 


 



Para peserta dikehendaki melakukan sesi pendaftaran terlebih dahulu sebelum program dilaksanakan. Para peserta dibekalkan dengan sebuah fail, tentatif perjalanan program, kertas kosong dan sebatang pensil. Perasaan gembira dan teruja jelas terpampang di setiap raut wajah para peserta, ini berkemungkinan disebabkan keterujaan mereka pertama kali datang ke tempat seperti ini (IPG Kampus Darulaman).




Program ini dimulai dengan taklimat awal kepada semua peserta oleh Penolong Pengerusi Persatuan selaku Kem Komanden iaitu saudara Hilmi. Beliau menyampaikan pesanan supaya para peserta sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan serta arahan-arahan yang diberikan oleh pihak jurulatih program Kem Bina Sahsiah ini. 




Selesai taklimat kem, para peserta diajar oleh jurulatih untuk memasang khemah. Para peserta juga dikehendaki membersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan sebelum membina khemah.




Seterusnya, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan khemah untuk diletakkan segala peralatan dan barang-barang yang dibawa. Selesai sahaja urusan pembahagian khemah, masa petang para peserta diisi dengan aktiviti riadhah atau sukan.







Bagi para peserta lelaki mereka bermain bola sepak manakala para peserta perempuan pula bermain permainan kecil sekitar kawasan padang IPG. 


Selesai sahaja aktiviti bersukan, para peserta dikehendaki membuat persiapan diri untuk aktiviti seterusnya. Pada malam harinya, selepas solat maghrib diadakan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh saudara Muiz. 





Selepas solat Isya, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti ini adalah untuk berkenalan sesame para peserta dan jurulatih-jurulatih yang terlibat.



Impak yang paling ketara yang saya peroleh dari aktiviti ini ialah saya dapat berkenalan dan mengenali para peserta program dengan lebih rapat dan jalinan ukhuwah dapat terjalin selari dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”. 

Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 1
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3

0 ulasan:

Catat Ulasan