Selasa, 21 Oktober 2014

Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2


Hari Kedua (15 Ogos 2014)

Keesokan harinya, bermulalah perjalanan kami menuju ke Gua Kerbau di Kodiang, Kedah. Setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah, kami dihidangkan sarapan rohani pagi oleh saudara Hilmi. Sebelum kami bertolak, kami berkumpul untuk slot menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah. Bagi menghilangkan rasa mengantuk di awal pagi, kami membuat regangan badan dan senaman. 





Bas bergerak pada jam 8.00 pagi dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sebaik sahaja tiba di Gua Kerbau, saya berasa terpegun dan kagum dengan keindahan alam sekitar di sana dengan pohon-pohon hijau yang rendang serta pelbagai spesis flora dan fauna dapat dilihat. 





Para peserta diminta berkumpul mengikut kumpulan sebelum memulakan aktiviti jungle trekking. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa alatan memasak untuk digunakannya semasa di dalam hutan nanti. Untuk kegunaan memasak apabila tiba di kaki bukit, setiap kumpulan dibekalkan barang peralatan memasak seperti dapur gas mudah bawa, pisau, kuali, periuk dan bekalan makanan.





 

Pada jam 10.00 pagi, bermulalah perjalanan kami mengharungi hutan belantara Gua Kerbau. Boleh saya simpulkan bahawa trek yang kami lalui ini sebagai trek yang agak mencabar. Kekuatan kaki dan tangan amat diperlukan semasa aktiviti trekking ini kerana treknya yang agar tinggi dan curam untuk kami daki dan kami turuni. Tunggul-tunggul tajam dan pokok-pokok berduri silih berganti dalam perjalanan ini. 





Tibanya kami di puncak bukit, semua kumpulan dikehendaki memasak, akhirnya santapan juadah untuk mengisi kelaparan perut dapat disediakan dengan jayanya dan para peserta menjamu selera masakan yang dimasak. Selesai sahaja makan, kami diarahkan untuk berkemas. Tepat pukul 12.30 tengah hari, kami selamat menuruni bukit. Kemudian kami menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. 





Bas tiba pada jam 2.30 petang dan para peserta dibawa terus ke Hotel Darulaman Suite untuk lelaki dan Tasik Darulaman bagi peserta perempuan. Setelah sampai, semua diberi makan tengah hari terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti air iaitu renang. Ini adalah bertepatan dengan anjuran dan sunnah Nabi Muhammad kepada ummatnya untuk berenang. “Ajarkanlah anakmu berenang, berkuda dan memanah”. Para peserta diberi tunjuk ajar oleh jurulatih cara-cara berenang dengan betul.



Kami bergerak pulang ke IPG pada jam 6.30 petang. Para peserta dikehendaki mengemas diri dengan mandi terlebih dahulu untuk aktiviti pada mala mini. Seterusnya, kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diisi dengan pengisian slot tazkirah akhlak terhadap ibu bapa dan rakan oleh saudara Azhar. 


Kemudian diteruskan dengan aktiviti LDK kedua. Para peserta diberikan sehelai kertas mahjung dan perlu merancang untuk membahagikan duit yang diberi untuk aktiviti keagamaan di sekolah. Melalui aktiviti ini, kami dapat melihat sejauh mana daya pemikiran para peserta dalam mengagihkan peruntukan kewangan yang diberi. Selain itu, memberi keyakinan kepada para peserta untuk bercakap di khalayak ramai.




Aktiviti diteruskan lagi dengan slot kembara malam. Para peserta diikat matanya dengan sehelai kain. 







Para peserta diletakkan secara berjauhan antara satu dengan yang lain untuk menguji tahap keberanian mereka. Objektif slot ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para peserta. Tepat jam 12.00 malam, murid dibenarkan untuk tidur dan berehat. 

Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 1
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 2
Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3


0 ulasan:

Catat Ulasan