Selasa, 21 Oktober 2014

Kem Bina Sahsiah SK Wan Abdul Samad 3



Hari Ketiga (16 Ogos 2014)

     Kami bangun seawal jam 5.00 pagi. Seperti hari-hari biasa, kami akan bersiap untuk solat Subuh dan tazkirah. Program diteruskan dengan aktiviti menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah pada jam 7.30 pagi. Selesai sahaja nyanyian, kami melakukan senaman pagi dan berjogging di sekitar IPDA. Seterusnya, para peserta diberikan ruang masa untuk mengemas barang-barang peribadi di khemah sebelum bertolak pulang. 



     Akhir sekali, tibalah acara kemuncak iaitu Majlis Penutupan Program Kem Bina Sahsiah anjuran Persatuan Future Ummah yang mana acara perasmian penutupnya disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad. Turut hadir bersama Ketua Penyelaras Persatuan dan Pensyarah Penasihat Persatuan Future Ummah. 



    Dalam majlis penutup ini turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. Selesai majlis penutup, diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar bersama-sama.



Para peserta pulang ke sekolah pada jam 4.00 petang dengan perasaan sedih dan duka untuk meninggalkan kami. Mereka begitu gembira sepanjang menjalani Kem Bina Sahsiah yang telah dianjurkan ini. Program berakhir lebih kurang jam 5 petang setelah semua urusan kemas mengemas tapak perkhemahan selesai dengan jayanya. Maka, tamatlah program Kem Bina Sahsiah yang telah kami lalui selama tiga hari dua malam ini di Kem Seri Banai, IPG Kampus Darulaman. Kem Bina Sahsiah ini memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya aplikasikan dan saya gunakan kelak ketika menjalankan program-program persatuan di sekolah kelak.

0 ulasan:

Catat Ulasan