Ahad, 20 Oktober 2013

Tutorial Blog 18: Memasukkan dokumen PDF dalam blog


TUTORIAL MEMASUKKAN DOKUMEN PDF PADA BLOG


1- Pertama sekali, pergi ke link ini terlebih dahulu.(http://www.scribd.com/) Sekiranya anda belum mendaftar, silalah daftar terlebih dahulu.

2- Kemudian, klik pada ‘UPLOAD’ dibahagian kiri atas untuk muat turun file PDF yang anda pilih.



3- Setelah itu, anda dikehendaki untuk mengisi butiran-butiran yang terdapat pada laman tersebut seperti ‘TITLE’, ‘DESCRIPTION’ dan lain-lain. Lengkapkan kesemua butiran tersebut dan klik pada ‘SAVE’.




4- Di sebelah kanan atas, anda dikehendaki untuk klik pada ‘SHARE ON SOSIAL NETWORKS’. Kemudian, klik pula pada ‘EMBED’.




5- Kemudian, di HTML anda dikehendaki untuk copy semua kod yang diberi.




6- Kembali kepada blog anda, anda dikehendaki untuk klik pada ‘DASHBOARD’. Seterusnya klik pada ‘NEW POST’. Sebelum anda paste kod itu, klik dahulu pada ‘HTML’ dan barulah paste. Jangan lupa untuk masukkan ‘TITLE’ pada post anda.




7- Setelah semuanya selesai, anda boleh klik pada ‘PREVIEW’ untuk melihat sama ada jadi ataupun tidak. Sekiranya jadi, anda boleh terus klik pada ‘SAVE’ dan ‘PUBLISH’. Namun, sekirannya tidak menjadi, sila cuba sekali lagi. =)




8- Anda telah berjaya memasukkan dokumen PDF dalam blog anda.  Syabas =)



Hasil nukilan : Nurliyana binti Muhammad, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

2 ulasan: