Gambar merupakan satu media yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog kita untuk membaca entri yang dipost. Kalau post kita panjang dan tidak diselitkan dengan unsur grafik seperti gambar, ia akan membuatkan pembaca berasa bosan dan pembaca tidak berminat lagi untuk membaca.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia lebih mudah untuk mentafsir sesuatu maklumat dengan adanya unsur grafik seperti gambar, bak kata pepatah "Picture Worth A Thousand Words" yang bermaksud gambar melambangkan seribu perkataan.
Oleh itu, bagi yang masih terpinga-pinga atau tercari-cari bagaimanakah cara untuk meletakkan gambar dalam blog, ikuti 'steps' yang akan saya huraikan satu persatu... =)
Sudah tentu yang pertama sekali anda perlu Login ke Blogger.
Kemudian, klik pada 'New Post' seperti di bawah:
Seterusnya, klik pada icon seperti gambar di bawah :
Seterusnya klik 'Choose files' untuk pilih gambar yang anda nak upload dari file komputer anda. Anda juga boleh mengupload gambar yang banyak secara sekaligus. Kemudian, anda perlu menekan ikon 'Add selected'.
Anda juga boleh memasukkan kembali gambar-gambar yang sedia ada dari blog anda dengan menekan ikon 'From this blog' atau 'From Picasa Web Albums'. Selain itu, anda juga boleh memasukkan gambar secara terus dari telefon bimbit anda atau melalui webcam laptop anda.
Selain itu juga, anda juga boleh memasukkan gambar dari sumber lain seperti gambar di Google images dengan menyalin semula URL gambar tersebut (Copy image URL).
Anda kena tunggu gambar tu diupload sepenuhnya. Bila dah siap upload, anda dah boleh letak gambar tu dalam post anda. Anda boleh memilih gambar yang ingin diletakkan dalam blog dengan mengklikkan pada gambar. Pastikan bahawa gambar yang dipilih dikelilingi border biru. Kemudian, tekan add selected.
Image yang telah diupload. Klik pada image berkenaan, image tersebut boleh di ubah saiznya dengan memilih Small, Medium, Large, X-Large atau Original Size. Option lain seperti alignment image (Left, Centre, Right), Add Caption, Properties dan Remove Image
Tips : Makin banyak / besar saiz gambar anda letak, makin lama laa blog anda loading... tapi terpulang pada 'line' intenet anda juga.. ^_^
Hasil Nukilan : Muhammad Hilmi bin Hasan, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman
tenx tlong edit len abg admin..:p
BalasPadamtq,nak follow nak follow
BalasPadam