Rabu, 23 Oktober 2013

Tutorial Blog 16: Memasukkan widget-widget ke dalam blog



Adakah anda sudah mahir menggunakan blog? Ataupun anda masih lagi tertanya-tanya cara memasukkan widget ke dalam blog? Ayuh kita teliti tutorial yang akan saya paparkan di sini, iaitu cara-cara memasukkan widget ke dalam blog kita. Kebiasaannya widget akan diletakkan di bahagian tepi blog sama ada di sebelah kanan mahupun di sebelah kiri, ianya bergantung atas pilihan anda sendiri. 

1) Pertama sekali, untuk memasukkan widget tersebut, anda perlu mendapatkan script HTML widget yang anda inginkan seperti jam, chat box, slide show, gambar dan lain-lain lagi. Apabila anda sudah mendapatkan script HTML tersebut, anda perlulah “Copy” URL tersebut.






2) Selepas anda berjaya mendapatkan script HTML tertentu, anda perlulah klik di bahagian 'Layout'. Maka, akan terpampanglah paparan seperti gambar di bawah ini: 





3) Kemudiannya, anda perlu menekan icon 'Add a Gadget'. Apabila anda sudah menekannya, maka akan terkeluar pula paparan yang meminta anda untuk membuat pilihan. Jadi, dari situ, anda perlu menekan HTML/ JavaScript.




4) Sejurus selepas itu, anda dikehendaki 'Paste' kembali URL widget yang telah diambil daripada mana-mana laman web yang berkaitan di ruangan 'Content'. Lalu, anda bolehlah menulis tajuk bagi widget berkenaan di 'Title' mengikut kesukaan anda. Selepas itu, anda perlulah menekan butang “Save” pula untuk menyimpan atau mendapatkan widget tersebut di blog anda.


5) Setelah anda “Save” widget tadi, maka untuk melihatnya kembali di paparan blog, anda bolehlah menekan “View Blog” ataupun anda boleh memilih untuk “Preview” sahaja. 




6) Sekiranya widget yang anda pilih dan save sebentar tadi terpapar di blog anda, maka ini bermakna anda telah berjaya memasukkan widget ke dalam blog anda. Tahniah dan syabas diucapkan. Selamat mencuba kawan-kawan. Sekian, terima kasih. :)




Hasil Nukilan : Siti Fairuz binti Mohd Saufi, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman

0 ulasan:

Catat Ulasan