Insyaallah, hari ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan cara membuat pages di blog anda. Ikutilah langkah-langkah berikut :
1. Pergi ke Dashboard, klik pada ‘More options’ dan pilih icon ‘Pages’
2. Seterusnya anda klik pada bahagian ‘New pages’. Disitu terdapat dua icon pilihan, sama ada anda hendak membuat ‘blank pages’ yang membolehkan anda menulis seperti biasa atau dengan menghubungkannya dengan alamat link web lain.
3. Jika anda memilih 'blank pages', ikuti langkah berikut. Ianya sama seperti anda menulis di halaman blog anda.
4. Manakala jika anda memilih 'web address', ikuti pula langkah-langkah berikut. Masukkan tajuk di ruangan kosong di atas kemudian masukkan url laman web yang anda kehendaki. Melalui 'web address' ini, anda boleh membawa pembaca blog anda ke mana-mana web pilihan anda.
5. Setelah selesai, klik icon 'view blog' untuk melihat hasil langkah-langkah yang telah anda buat sebentar tadi.
6. Anda juga boleh mengubah kedudukan page sama ada berada di halaman atas blog anda 'Top tabs' atau berada di tepi halaman blog 'side links'.
Done... Tahniah diucapkan, terima kasih kerana sudi meluangkan masa... Semoga anda memperoleh manfaat dari tunjuk ajar saya ini.
Hasil nukilan : Abdul Muiz Bin Mohd Norizan, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman
0 ulasan:
Catat Ulasan