Ahad, 27 Oktober 2013

Tutorial Blog 7: Cara Menggunakan Blog Template Designer


Assalamualaikum... Apa khabar semua, sihat? 
Hari ini kita akan mempelajari template designer 

Bagi yang masih baru dalam dunia blog ini, anda mesti masih tidak tahu apa itu template designer. Baiklah, template designer ini sebenarnya adalah tetapan untuk menghias blog anda seperti yang anda inginkan contohnya seperti mengubah latar belakang, membesarkan saiz blog, menukar font dan sebagainya. Jom bersama saya, mempelajari cara-cara menggunakan template designer :

1) Mestilah kena login dulu ye ...


2) Di dashboard, lihat ikon di sebelah kiri. Klik icon 'Template'


3) Kemudian, klik pada butang 'Customize' untuk mengedit blog anda. Sekiranya anda mahir dalam penggunaan HTML, anda juga boleh mengubah blog anda dengan menggunakan kod-kod tertentu di ikon 'Edit HTML'. 


4) Klik pada icon 'templates' untuk mengubah latar belakang blog anda mengikut kesukaan anda.



5) Anda juga boleh mengubah gambar latar belakang anda samaada diambil daripada files dalam computer anda sendiri ataupun yang telah tersedia.




6) Anda juga boleh mengubah saiz blog anda dengan menekan icon 'Adjusts Widths'. 




7) Jika anda menekan icon 'Layout', ia boleh mengubah kedudukan gadgets anda mengikut cita rasa anda.




8) Manakala untuk menukar jenis font, warna dan saiz font anda boleh menekan icon 'Advanced'




9) Selesai anda mengedit dan mengemaskan blog anda, anda perlu klik pada butang oren 'Apply to Blog' diatas sebelas kanan untuk memastikan semua tetapan yang diubah diaplikasikan dalam blog anda.




10) Untuk melihat hasilnya, anda perlu klik pada icon 'View Blog'




 Hasil nukilan : Afifah Bt Ramli, pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 (Pen. Islam 2), IPG Darulaman 

0 ulasan:

Catat Ulasan